SEREMBAN – Keresahan seorang lelaki menunggu tiga rakan yang tidak muncul-muncul untuk makan malam di sebuah restoran rupa-rupanya menjadi petanda bahawa dia bakal kehilangan sahabat apabila ketiga-tiganya maut dalam kemalangan ngeri di Batu 4, Jalan Seremban-Jelebu di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11.10 malam itu menyebabkan Mohd. Asrul Abd. Rahman, Mohd. Shahrizal Ngah dan Muhamad Nazri Baharudin, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Mohd. Asrul dan Mohd. Shahrizal masing-masing berusia 31 tahun.
Kesemua mangsa bertugas di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri (JKKP).
Mengimbau semula kejadian itu, Ihtifazuddin Omar, 29, memberitahu, dia yang tiba pada pukul 11 malam menunggu di sebuah restoran di Jalan Jelebu di sini menjadi gelisah apabila tiga sahabatnya itu tidak muncul-muncul selepas menunggu hampir setengah jam.
“Kami berjanji bertemu di restoran itu pada pukul 11 malam tetapi selepas setengah jam mereka tidak muncul-muncul malah telefon juga tidak dijawab.
“Tidak lama kemudian, saya melihat beberapa buah ambulans dan jentera bomba lalu di hadapan restoran sebelum saya mengambil keputusan untuk mengekori mereka selepas rasa tidak sedap hati,” ceritanya ketika ditemui.
0 comments:
Post a Comment