Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Fakta Tentang Payu Dara
Payudara tiruan yang terbesar bersaiz 38KKK
Pada awal 2009, Sheyla Hershey dari Brazil dianugerahkan Guinness World Record untuk memiliki set payudara terbesar. Sembilan operasi dan lebih daripada satu galon silicon digunakan untuk menjadikan payudaranya bersaiz 38KKK.
Payudara kiri biasanya lebih besar
Tidak ada payudara yang mempunyai saiz yang sama, dan biasanya payudara kiri lebih besar dari kanan. Namun, perbezaannya tidaklah terlalu ketara dan menonjol. Puting juga datang dalam pelbagai saiz dan mempunyai warna yang berbeza.
Payudara adalah perkara pertama lelaki lihat pada perempuan.
Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi perkara pertama dilihat oleh seorang lelaki normal, dan merupakan anggota badan perempuan yang dilihat paling lama oleh lelaki. Tapi tahukah anda, kajian lain juga ada menyebut bahawa menatap payudara wanita selama beberapa minit sehari boleh meningkatkan kesihatan seorang lelaki dan menambah empat hingga lima tahun umurnya.Sila lihat 'the law of attraction' untuk bukti
England adalah negara dengan payudara terbesar di Eropah
Sebuah survey yang dibuat oleh pembuat bra Triumph mendapati bahawa perempuan England memiliki payudara terbesar di Eropah. Lebih dari setengah perempuan di Negara itu yang memakai cawan saiz D. Denmark menduduki tangga kedua dan Belanda ketiga. Selain itu, wanita Itali memiliki payudara terkecil di mana 68 peratus mempunyai saiz B.
Payudara rata-rata beratnya 1 pound.
Payudara rata-rata beratnya sekitar 0,5 kilogram (1.1 pound). Setiap payudara menyumbang sekitar 4-5% dari lemak tubuh dan dengan 1% dari jumlah berat tubuh seorang wanita.
Payudara menjadi gemuk
Ketika usia anda 20 tahun, payudara anda terdiri dari lemak, kelenjar susu dan kolagen, ‘connective tisu’ yang membuat ianya lembut. Tetapi apabila anda semakin tua, kelenjar dan kolagen menyusut dan digantikan oleh lebih dan lebih banyak lemak.
Payudara Mampu Menarik Perhatian
Percaya atau tidak, sudah menjadi lumrah alam payudara WANITA mampu menarik perhatian semua benda hidup yang bergender jantan.
7 Tempat Di Dunia Yang Tidak Boleh Dilawati Dan Diketahui Orang Awam
Moscow Metro-2
Area 51
Dictionary Grand Shrine
Moscow Metro-2
RAF Menwith Hill
White ‘s Gentlemen‘ s Club
Room 39
Fakta!Asal Usul Kentut
1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.
2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.
4.Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.
5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)
6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.
8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.
9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.
10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.
11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.
12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).
13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).
14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.
15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan.. tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor.. Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.
16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.
17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.
18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.
19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna.
21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.
Seni Tatoo Di Jepun!
BAGI pelukis tatu, Horiyoshi III, bahagian kulit tubuh manusia yang dicacahnya merupakan kanvas bagi menonjolkan misteri dan legenda Jepun, biarpun seni itu sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah kongsi gelap.
Berimejkan gunung-ganang dan ombak serta makhluk-makhluk mitos mengagumkan, corak-corak tatu daripada seni popular abad ke-18 itu jauh berbeza berbanding trend yang sering dilihat di Barat. Begitupun, ia tetap mengundang persepsi negatif dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru.
Seni tatu di Jepun mempunyai reputasi yang lebih buruk. Ia sering dikaitkan dengan keganasan jenayah kumpulan kongsi gelap Yakuza. Tanggapan itu disifatkan sesuatu yang tidak adil bagi penggemar-penggemar tatu.
Horiyoshi yang menggabungkan variasi peralatan moden dan tradisional ketika mencacah tatu berkata, dia amat mengagumi Hokusai, pelukis tatu yang terkenal dengan rekaan corak ombak tsunami dan Gunung Fuji.
"Saya juga turut dipengaruhi artis-artis lain di Jepun. Sudah pasti, saya tidak dapat menghasilkan karya-karya yang sama seperti mereka.
Saya perlu menyesuaikannya dalam karya yang saya lakukan," katanya semasa pameran hasil kerjanya di Utagawa Kuniyoshi, Tokyo yang banyak mengetengahkan corak landskap, haiwan mistik dan gambaran perjuangan pahlawan samurai.
Kisah Mitologi
Bekas jurulatih kecergasan, Asada Yoshi, 52, memilih untuk menghiasi tubuhnya dengan corak tatu yang menceritakan semula mengenai mitologi Jepun.
"Di sebelah kaki kanan, anda boleh lihat ikan kap sedang melompat dan di kaki kiri pula terdapat sejenis makhluk, iaitu separuh naga dan separuh ikan kap. Di belakang badan pula saya memilih corak naga yang besar," kata Horiyoshi, yang menggunakan nama tunggal seperti ramai pelakon kabuki lain.
"Ia adalah legenda purba mengenai ikan kap yang bertukar menjadi naga selepas berenang mengharungi air terjun."
Perantis Horiyoshi, seorang rakyat Jerman, Alexander Reinke yang berharap untuk menjadi Horiyoshi IV suatu hari nanti berkata, dia tertarik dengan seni tatu Jepun kerana keunikannya.
Lelaki itu berkata, tidak seperti corak atau rekaan popular Barat, seni tatu di Jepun mempunyai naratif tersendiri dan bukan diadaptasi daripada mana-mana budaya.
Katanya, corak yang berinspirasikan watak-watak dalam kebudayaan Cina dan Sanskrit yang sering mengiasi tubuh penggemar-penggemar tatu di London dan New York tidak boleh ditemui di Jepun.
"Perbezaan paling ketara adalah corak tatu di Barat direka untuk menonjolkan pelukisnya secara individu," katanya.
"Mereka mahu menyatakan atau mengingati sesuatu yang mereka paling sukai.
"Bagaimanapun di Jepun terdapat kumpulan pelukis tatu yang tidak menonjolkan diri mereka secara individu kerana ia dianggap tidak begitu penting di negara ini berbanding secara berkumpulan," tambah Reinke.
Mentaliti itu sering diterjemahkan melalui kelab-kelab tatu yang menjadi tempat pertemuan dan ahli-ahli menonjolkan karya seni. Di situ, mereka hanyalah manusia biasa yang bekerja kerana keghairahan terhadap seni lukisan tubuh itu, katanya.
"Lazimnya, kumpulan yang pernah ditatu dalam kalangan pakar tatu ini menubuhkan kelab-kelab kecil. Seperti hari ini, kesemua mereka yang berkumpul di sini pernah mendapatkan khidmat Horiyoshi dan mereka hadir sekadar untuk bersantai," ujar Reinke.
Yoshi bagaimanapun menjelaskan, adalah mustahil untuk dia mempunyai tatu sekiranya terus bekerja sebagai jurulatih kecergasan seperti sebelum ini.
"Sukar untuk mempunyai tatu di Jepun. Sebahagian besar masyarakat mempunyai prejudis. Namun, sifat ingin tahu dan keghairahan saya terhadap seni ini melebihi prejudis yang ada," katanya yakin.
Pengharaman
Mereka yang mempunyai tatu diharamkan untuk memasuki beberapa lokasi di Jepun, daripada kolam air panas sehingga kelab kecergasan.
Datuk Bandar Osaka sebelum ini juga pernah mengarahkan golongan pekerja di bandar raya itu mengisi borang soal selidik untuk mengesan sama ada mereka pernah mempunyai tatu atau tidak.
Diskriminasi itu disebabkan kewujudan beberapa kumpulan seperti Yakuza, yang dalam kalangan ahli-ahlinya mempunyai corak tatu tertentu bagi membezakan mereka daripada kumpulan jenayah lain, seperti Yamaguchi-gumi.
Rangkaian kumpulan jenayah terancang di negara itu dianggotai kira-kira 50,000 ahli. Mereka terkenal dengan penglibatan dalam aktiviti perjudian, penyalahgunaan dadah, pelacuran sehingga jenayah kolar putih dan peminjam wang.
"Ia hanyalah sebuah seni lukisan tubuh. Namun, orang memikirkan yang bukan-bukan dengan mengaitkannya dengan sesuatu yang jahat," kata Horiyoshi.
"Imej-imej ini masih terpahat dalam minda masyarakat, tatu mempunyai kaitan dengan jenayah dan jenayah pula adalah Yakuza. Masyarakat kini takut dengan tatu apatah lagi untuk mencubanya."
Taksub Dengan Tilikan Haiwan
SEBELUM pemasyhuran Sepanyol sebagai juara kejohanan akhir Piala Dunia 2010 kira-kira dua tahun lalu, sotong kurita yang diberi nama Paul telah mendapat perhatian awal daripada seluruh peminat bola sepak dunia.
Paul yang dipelihara di akuarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, mula mendapat tumpuan ramai kerana dikatakan mempunyai 'kuasa' untuk membuat tilikan tepat.
Sotong yang berasal dari Weymouth, England itu meramal tepat tujuh keputusan perlawanan pasukan Jerman, termasuk kekalahan mengejut kepada Serbia ketika saingan di peringkat kumpulan pada temasya yang berlangsung di Afrika Selatan itu.
Pada perlawanan akhir, Paul sekali lagi menjadi tumpuan apabila meramalkan kemenangan pasukan Sepanyol yang ditabal menjadi juara selepas menewaskan Belanda dengan jaringan 1-0.
Semasa ramalan dilakukan, dua kotak yang tertera bendera pasukan bertanding, diletakkan di dasar akuarium.
Sambil disaksikan masyarakat di seluruh dunia, Paul akan berenang ke arah satu kotak, mengembangkan tentakelnya dan melekap pada kotak tertera bendera pasukan yang diramal dan akan memenangi satu-satu perlawanan.
Usia Paul, bagaimanapun tidak panjang. Beberapa bulan selepas 'persaraannya', sotong kurita berusia dua tahun setengah itu ditemui mati di akuarium peliharaannya.
Namun, fenomena Paul tidak pernah berakhir. Tumpuan peminat-peminat bola sepak dunia kini terarah kepada spesies haiwan manakah yang mampu mewarisi keistimewaan dan kuasa tilikan Paul pada kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung serentak di Ukraine dan Poland baru-baru ini.
Ketika ini terdapat empat kategori haiwan telah dipilih oleh sebuah kelab peminat, Kharkiv Fan Zone yang berpusat di Ukraine untuk menjadi 'tukang tilik' sepanjang kejohanan. Antaranya, Citta the Elephant, Funtik the Pig, Yvonne the Cow, Fred the Ferret dan beberapa haiwan lain.
Fenomena Paul yang dilahirkan di England dan mendapat status kewarganegaraan di sebuah perkampungan di Sepanyol, menyebabkan rakyat di Jerman seakan-akan taksub dengan haiwan peramal.
Sebelum itu, Sissi the Munich, spesies anjing dachshund dan sotong kurita dikenali sebagai Rosi dari Rosenheim menjadi pujaan rakyat di negara itu kerana dipercayai mempunyai kuasa tilikan seperti paul.
Tersilap ramalan
Seperti juga Sissi dan Rosi yang terpaksa bergelut membuat ramalan mereka, barisan haiwan-haiwan terpilih yang rata-ratanya dibesarkan di zoo, turut berdepan tugas sukar.
Fred the Ferret (Fred), yang menetap di Zoo Kharkiv, Ukraine merupakan pilihan terbaik setakat ini selepas Paul. Dia dipilih dalam kalangan peminat-peminat pasukan bola sepak tempatan, Metalist Kharkiv yang juga dikenali dengan gelaran Ferret.
Ahli kelab pasukan itu juga menjadikan feret sebagai maskot mereka.
Pengurus projek Kharkiv Fan Zone, Sergei Kharkov berkata: "Poland mempunyai gajah untuk membuat tilikan, jika tidak salah dinamakan Citta."
"Moscow pula mempunyai marmoset (Callithrix jacchus salah satu spesies monyet), Kiev mempunyai Khryak, seekor khinzir, tetapi kami mempunyai haiwan yang paling comel dan jinak, iaitu seekor feret.
"Fred mempunyai masa selama 15 minit di Fan Zone dan dalam tempoh itu ia akan meramal pasukan mana yang akan menang."
Kehadiran Fred dalam dunia ramalan bola sepak bagaimanapun masih belum teruji sepenuhnya. Ketika perlawanan peringkat pertama antara tuan rumah, Poland dan Greece, Fred meramalkan ia berakhir dengan keputusan seri. Ramalan itu memang tepat.
Pengendalinya menyimpulkan berdasarkan tingkah laku Fred yang enggan duduk di dalam kedua-dua mangkuk berisi daging segar di hadapannya. Bendera kedua-dua negara diletakkan berhampiran mangkuk berkenaan.
Bagaimanapun, ketika perlawanan di antara Rusia dan Republik Czech, Fred turut membuat ramalan yang sama iaitu seri, biarpun keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Rusia dengan jaringan 4-1.
Namun, Fred berjaya menebus kesilapannya apabila meramalkan dengan tepat kemenangan Jerman ke atas Portugal dan kemenangan Denmark ketika menentang Belanda baru-baru ini.
Seperti Fred, haiwan-haiwan lain juga kini bergelut mencipta kemasyhuran seperti yang pernah dikecapi oleh Paul kira-kira dua tahun lalu.
Citta the Elephants dari Zoo Krakow, Poland turut gagal dalam percubaan pertamanya.
Gagal percubaan
Gajah betina berusia 33 tahun itu sebelum ini meramalkan tuan rumah, Poland bakal memenangi perlawanan pembukaan Euro 2012 ketika menentang Greece pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, ramalan itu tidak tepat apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga ke akhir perlawanan.
Terdahulu, Citta, gajah berasal dari India mula menjadi sebutan peminat bola sepak dunia selepas meramalkan kemenangan pasukan Chelsea di pertandingan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada bulan lalu.
Kejayaan itu membolehkan Citta mengalahkan kedua-dua pesaingnya iaitu Katherine the Donkey danJacko the Parrot.
Sementara itu, kemampuan Yvonne the Cow, lembu yang keras kepala dari Jerman juga masih dipertikaikan.
Diletakkan harapan tinggi untuk menggantikan tempat Paul, Yvonne membuat keputusan yang kurang popular di negaranya apabila meramalkan pasukan Jerman kalah kepada Portugal pada perlawanan malam Sabtu lalu.
Bagaimanapun, pasukan Jerman berjaya menewaskan Portugal 1-0.
Yvonne, mula terkenal selepas media melaporkan kisah haiwan itu yang berjaya mengelak daripada disembelih dengan melarikan diri dari Austria sehingga ke Bavaria pada Mei tahun lalu.
Selepas bergelut melepasi pagar elektrik, lembu betina itu bersembunyi di hutan kecil selama hampir empat bulan sebelum ditangkap semula dalam satu operasi besar-besaran.
"Ia mempunyai karakter dan personaliti," kata penyampai radio Bayern 3, Ulli Wagner, stesen radio yang bertanggungjawab menghebahkan ramalan Yvonne.
Sementara itu, Funtik the Pig, babi yang berasal dari Ukraine agak bernasib baik kerana berjaya meramal dengan tepat empat daripada enam keputusan perlawanan di peringkat kumpulan pada kejohanan berkenaan.
Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih antara dua mangkuk makanan yang diletakkan berhampiran bendera kedua-dua pasukan yang bertanding.
Sehingga kini, Funtik atau dikenali juga sebagai Khryak berjaya meramalkan kemenangan pasukan Rusia, Denmark, Jerman dan Croatia.
Funtik juga tidak terkecuali melakukan kesilapan apabila meramalkan pasukan Perancis menewaskan England dan Sweden kalah kepada Ukraine.
Apa pun, masih terlalu awal untuk menentukan haiwan manakah yang bakal membuat ramalan paling tepat sekali gus mampu menyaingi kemampuan Paul.
Adakah, Paulus the Octopus, sotong kurita yang dilahirkan di Jerman dan kini tinggal di sebuah akuarium di Porto, Portugal serta disebut-sebut bakal menjadi Paul II mampu mengatasi rekodnya itu. Kita tunggu dan lihat.
p/s:Bila musim Bola je mula la timbul perkara yg pelik²....
Rahsia Kipas Angin Sepanyol
MENGGUNAKAN kipas tangan merupakan cara yang mudah dan murah untuk menyejukkan badan. Bagaimanapun, di Sepanyol terdapat tradisi yang unik melibatkan alat itu.
Menurut seorang pembuat kipas tangan tradisional berkenaan, Vincent Benlloch, 55, kipas tangan sering digunakan sebagai simbol atau isyarat untuk menunjukkan sesuatu tanpa perlu berkata-kata.
"Isyarat kipas itu akan lebih ketara jika ia dibuat oleh seorang wanita. Ia umpama bahasa badan yang memberi maksud si wanita tadi sudah mempunyai pasangan atau belum," kata Vincent yang berasal dari Valencia, Sepanyol.
Vincent yang ditemui di Kuala Lumpur minggu ini mewarisi kemahiran membuat kipas tangan daripada nenek moyangnya.
Lelaki itu dan abangnya, Jose, 55, sering mengembara ke bandar raya utama dunia untuk mempromosikan kraf tangan Sepanyol itu.
Vincent berkata, walaupun kipas tangan terkenal di China, Korea dan Jepun sebagai instrumen untuk tarian, kisah kipas tangan masyarakat Sepanyol pada kurun ke-17 dan 18 juga tidak kurang hebatnya.
Corak kipas tangan Sepanyol mempunyai pengaruh Asia Barat dan China sebelum diserapi budaya tempatan, manakala tradisi isyarat kipas itu dikatakan bermula selepas penghijrahan penduduk Afrika Utara ke Sepanyol yang kemudian berkahwin dengan penduduk tempatan.
Pergerakan kipas tangan serta lenggok badan itu turut bertujuan untuk melindungi isteri dan anak mereka.
Menutupi mulut
"Namun, tradisi yang digelar abanico itu lebih popular bagi menandakan sama ada wanita Sepanyol itu sudah berpunya atau belum. Sebagai contoh, jika mereka memegang kipas dalam keadaan tertutup itu bermakna mereka ingin dicium.
"Jika kipas dibuka pada pergelangan tangan kiri bermaksud wanita itu enggan berkenalan dengan lelaki yang cuba memikat," ujarnya.
Merancakkan cerita, Vincent memberitahu, kalau si wanita membuka kipas itu dan meletakkannya di pipi kanan bererti dia mencintai seseorang.
"Malangnya, tradisi itu telah lama ditinggalkan. Jika tidak mungkin itu pendekatan yang akan saya gunakan untuk memikat isteri," katanya ketawa.
Tutur Vincent, tradisi itu tidak terhad pada wanita yang masih bujang dan muda bahkan meliputi mereka yang sudah berumur atau telah bercerai.
"Sebagai contoh, jika wanita itu menggerakkan kipas secara perlahan-lahan di dadanya bermaksud dia belum menjadi kepunyaan orang.
"Tetapi sekiranya dia telah berpunya atau bersuami, kipas akan digerakkan dengan laju di dadanya, jadi lebih baik anda jangan menghampirinya," ujarnya.
Jelasnya, sekiranya pasangan atau suami wanita itu berlaku curang, kipas itu akan diletakkan di muncung hidungnya.
"Malah, kalau mahu membuat janji temu sekali pun, alat itu hanya perlu ditunjukkan pada taman atau lokasi pertemuan.
"Saat paling indah ialah jika kipas tangan itu dibuka menutupi mulutnya sambil memandang lelaki di hadapan dengan cara menggoda. Itu bermakna dia bersedia untuk menjadi teman hidup lelaki tersebut," ujar Vincent.
Beliau menjelaskan, terdapat lebih 100 isyarat kipas tangan semasa zaman kegemilangannya.
Seperti tidak sabar untuk berbicara, abang Vincent, Jose mencelah dengan mengatakan walaupun tradisi itu tidak lagi diamalkan, alat itu sering dijadikan hadiah perkahwinan atau cenderamata untuk majlis tertentu.
Tarian
Bercerita mengenai corak pada daun kipas pula, Jose memberitahu ia sama seperti kipas buatan China, Korea dan Jepun yang menggunakan motif alam semula jadi, haiwan dan bunga-bungaan.
"Cuma kami menggunakan kayu oak untuk kipas yang lebih lembut dan kain sutera yang lebih licin. Kebanyakan kipas Sepanyol ada dijual di Itali, Perancis dan Jerman," ujarnya.
Jose menambah, kini tarian flamenco yang merupakan tarian tradisi Sepanyol turut menggunakan kipas itu.
"Tarian flamenco mementingkan alunan muzik yang rancak dan gerak tari yang bertenaga.
"Kebiasaannya, bilangan peserta persembahan tidak dihadkan asalkan mereka mempunyai penyanyi, pemetik gitar, penari dan pemain sejenis alat tradisional Sepanyol iaitu palmas," katanya.
Bagi Sarah Clouet, 22, yang berasal dari Paris, Perancis tetapi telah lama menetap di Madrid, Sepanyol, dia tidak menyangka kipas tangan bukan sekadar berfungsi untuk menyejukkan badan bahkan mempunyai maksud tertentu.
"Jika saya mengetahuinya saya akan meminta teman lelaki supaya belajar erti isyarat tersebut untuk saya praktikkan. Sayang rasanya kalau ia pupus begitu sahaja. Perlu ada usaha untuk mengembalikannya," ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















