Osman Kering Sah Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering.

Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.

Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima  rawatan.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.

Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah "Kantoi", "Senario The Movie Episod 1", "Tentang Bulan" dan "Man laksa".

Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.

"Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual," katanya.

Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.

"Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti," katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri. 

Lapah Ular Tedung Untuk Sara Hidup



BANTUL, Indonesia - Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka.
Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari.
Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. - Agensi

Lagu Mempermainkan Surah Al-Fatihah






Penyanyi:Busta Rhymes ft. Ron Browz, Diddy, Swizz Beats, T-Pain, Akon, Lil Wayne




Lyric:busta rhymes intro
ayo somebody tell steven speilberg & george lucas
thank you for directing this movie (hahahaha) (hashemeke hayla ha-its the remix!)
chorus x2
Bismillahi r-rahmani r-rahim, Al hamdu lillaahi rabill'alamin (Oooohh)
We gettin' arab money (haha), We gettin' arab money
Bismillahi r-rahmani r-rahim, Al hamdu lillaahi rabiil'alamin (Oooohh)
We gettin' arab money (haha), We gettin' arab money
Busta rhymes verse
you can talk about your money but i really dont care
im into coppin streets shit im trying to buy air
im the first black nigga that i rap trillionaire
i control heat i'm bout to buy the ozone layer
im into coppin minerals now diamonds and granite
so much paper i could probably gift wrap a planet
and clone a million janet's respect my company
while I stack another billion and I give it to the block cuz
chorus x2
p diddy
ayo busta we gettin this money for a long time mayne
check this out
i'm profilin with my billions pilin
im just wildin, bought two islands
lakshmi betallion
diamonds a stylin
bout to buy japan, trick im just stylin
money insane
my generals poppin bottle
i was buyin out planes just to fly around spain
fuck a recession im still investin
bout to buy dubai and swim in the shark section
get the dark section (its the remix)
bitch thats the barack section


chorus x2 (we gettin bad boy money)
Ron browz verse
catch me in da coop that cost a hundred thous,
hakala shikmina lady ron browz
my money make noise yours quite as a mouse
send a email in da boyz in da house
all da girls love me, ya pop bubbly.
hakalashikrhi shorty damn ugly
findin me in the dance floor doin the dougie
trucks sittin high too next to yo buggy


chorus x2
swizz beats verse
dont even call me swizz no more
call me kaseem gawi chencha dean my government install you
when i come thru hit you with the brand new
buggati coupe, damn thing only only sits 2
but you know who who ridin in my passenger
side with me flyin shit 2.5 in it, hey hey hey
im in my jeezy watchin tv she call you houdini
while she feedin me linguini
left right left right and arab dance poppin right
swizz beats busta, money money busts pipes
chorus x2


chorus x2 (swaggg swagg)
akon's verse
akon, convict,
music
i got dat arab money (money)
come through lookin like wayne evry time they see me
straight cash wanna keep on comin
lemme exchange da currency coz its so foreign
i got dat arab money (money) makin upto 5 kind
your minds on the money, diamond mine still runnin
on all of africa you can ask tarzan
chorus x1 (heyyyyyyyyyyyyyy)
senegal! (we gettin arab money)
senegal! (we gettin arab money)
yay!
chorus x1 (heyyyyyyyyyy)
convict (we gettin arab money) (alright boyz)
musikkk (we gettin arab money)
lil wayne's verse
calendar say gettin money errday
smile look like iced out perrier
bury me a g and tell ma kids that i was
now jump into ya grave do you dig what i dug
cash money universe, my old town check
20 chains look like a scarf on my neck
young money entertainment, drugs and fame
(and buck a motherfucka in the money hall of fame) (Aarab money)
ya!
chorus x2


p/s:Dunia dah dekat akhir zaman ,macam nie la jadinya

Wujud Ke Basikal Halimunan?









Gambar Datuk Yang Terlebih Posing














Proses Penyembelihan Ular Untuk Mendapatkan Kulit Dan Daging

Sekarang perniagaan kulit ular dan daging ular sangat popular di negeri jiran,dagingnya boleh dibuat perubatan dan kulitnya dijadikan aksesori seperti beg dompet,kasut,dan tali pinggang.











Raja Azmi Dan Jalani Sidek Bercerai Hanya Kerana Fitnah



KUALA LUMPUR: “Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh,” kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim. 
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.

“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.

Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.

[Prank]Akibat Terlalu Takut Dengan Ular!







[18+]Jangan Pertaruhkan Telur Anda








Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menympan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.


Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja pak cik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?


Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak da kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.


Manager : (Dalam hati, kerek giler orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.


Pak Mat : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.


Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.


Pak Mat : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.


Manager : Hahaha, tak logiklah pak cik. Tapi tak pe, saya setuju.


Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Mat.


Manager : Pak cik minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha (gelak jahat).


Pak Mat : Betul ke? Aku tak percaya, mari sini aku pegang…


Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mat pun berkata..


Pak Mat : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Mat pun menghulurkannya.


Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…


Tiba-tiba Pak Mat mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mat.


Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?


Pak Mat : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.


Manager : Bertaruh apa?


Pak Mat : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.


Manager : Tak guna punya orang tua..


P/s: Jangan suka berjudi , jangan terlalu yakin dengan apa-apa pertandingan walaupun nampak mudah, sebab mesti ada udang disebalik batu. Dan akhir sekali , jangan pertaruhkan telur anda!! Haha.

Hukuman Dicina Pada Zaman Dahulu


1. Disiat
ketika disiat bermula dari tulang belakang, kulit punggung dibelah menjadi dua, perlahan-lahan pisahkan kulit dengan daging, dibuka seperti kupu-kupu yang mengembangkan sayapnya. Selain itu, ada sebuah cara lain untuk mengsiat. selain itu, terdapat cara lain. iaitu dengan menanam orangnya di tanah, hanya kelihatan kepalanya saja. Buat goresan berbentuk tanda (+) di atas kepala, lalu dibuka kulitnya, tuangkan mecury ke dalamnya.

kerana mercury sangat berat, maka ia akan dapat memisahkan kulit dan daging, orang yang ditanam di tanah akan merasa sangat sakit, namun tidak dapat melepaskan diri. Lalu akan melompat keluar dari lubang, meninggalkan selembar kulit di tanah… lalu kulit tersebut dijadikan gendang. digantungkan di depan pengadilan untuk memperingatkan kepada orang ramai. Pada awalnya, hukuman disiat dilakukan setelah mati, kemudian berkembang menjadi disiat dikuliti.

2. Penggal pinggang
memenggal pinggang adalah memisahkan tubuh seseorang dari bahagian tengah, sedangkan organ-organ penting berada pada tubuh bahagian atas, maka yang dihukum tidak akan segera mati, melainkan masih sadar dan memerlukan beberapa saat lagi hingga akhirnya mati. ketika Kaisar Chengzu dari dinasti Ming menghukum mati Fang Xiaoru, beliau menggunakan cara ini. Konon setelah dipenggal, Fang Xiaoru masih boleh merangkak dan menulis huruf “cuan” (= merebut ; biasanya untuk merebut tahta) di tanah. Setelah menulis 12 setengah huruf, baru akhirnya mati.

3. Pisahkan dengan kereta
Nama lainnya adalah “membelah mayat dengan 5 kuda”. Sangat sederhana, iaitu dengan mengikat kepala, kedua tangan & kedua kaki dengan tali, lalu ditarik oleh 5 ekor kuda ke 5 arah yang berbeza, sehingga tubuhnya terbelah menjadi 6 bahagian.  Shang Yang dihukum mati dengan cara ini. memerlukan tenaga besar jika ingin memisahkan tubuh orang menjadi 6 bahagian, apalagi jika dengan ditarik. maka dapat dibayangkan penderitaan si penerima hukuman. Pada ketika benar-benar sudah terpisah, mungkin ia sudah tidak merasakan penderitaan lagi. Kesakitannya adalah pada saat ditarik.

4. Lima hukuman
Gabungan dari penggal kepala, potong kaki, potong tangan, potong telinga dan hidung, “belah menjadi 8 bahagian”. Biasanya setelah orangnya mati, baru dipotong kepala, tangan & kakinya, lalu tubuhnya dibelah jadi 3. Setelah Kaisar Gaozu dari Dinasti Han mangkat, Permaisuri Lv menangkap gundik kesayangannya, Nyonya Qi (ibu dari Liu Ruyi), memotong tangan dan kakinya, juga memotong hidung, telinga & lidahnya, mencungkil matanya, lalu dibuang ke kandang babi, diberi nama “ren zhi” (babi manusia). sampai-sampai anak Permaisuri Lv juga sangat terkejut  melihatnya.

5. Hukuman mati perlahan-perlahan
Pada awalnya adalah setelah mati baru mayatnya dicincang jadi bubur daging, disebut “hai”. yang pernah menerima hukuman ini adalah Zi Lu, dan putera sulung Zhou Wen Wang: Bo Yi Kao. Kemudian dalam perkambangannya, menjadi lebih terperinci, iaitu hukuman dilakukan ketika orangnya masih hidup, tujuannya agar yang dihukum menderita, maka ada ketentuan harus dibacok sampai berapa kali dulu sebelum mati.

Konon kemudiannya hukuman ini dilaksanakan oleh 2 pertanda, mulai ditetak dari kaki, terus hingga 1000 tetakkan, iaitu dengan dipotong dagingnya sekeping-sekeping sampai mati. Katanya jika belum sampai 1000 tetakkan sudah mati, maka pertandanya juga akan kena hukum.

Sebelum hukuman dijalankan, tubuhnya dililit dengan jala ikan agar daging-dagingnya menonjol keluar, lebih mudah untuk dipotong-potong. lalu dibawa keliling kota, ditonton oleh rakyat, dagingnya pun dimakan oleh rakyat. Penderitaan secara batin mungkin melebihi penderitaan secara fizikal. Ini adalah salah satu hukuman rasmi di zaman Ming – Qing.

6. Jerat / gantung
Hukuman jerat di Zhongguo biasanya menggunakan tali busur. iaitu dengan meletakkan ia pada leher yang akan dihukum, tali menghadap ke depan, penghukum berdiri di belakang sambil memutarkan busurnya semakin lama semakin kuatr. Yang dihukum akan mati perlahan-perlahan. Ayah-anak Yue Fei mati di Paviliun Fengbo dengan cara seperti ini. Raja Gui dari Dinasti Ming akhir juga dibunuh dengan cara jerat/gantung ini oleh Wu Sangui.

7. Dimasak / direbus
Pada zaman Dinasti Tang, zaman pemerintahan Wu Zetian, ada seorang lelaki bernama Lai Junchen yang suka menggunakan cara-cara hukuman yang kejam. Terhadap tawanan yang tidak mau mengaku, dia sering menyoal dengan memaksa menggunkan hukuman sadis. iaitu dengan menggunakan sebuah kuali dan menyuruh tawanan masuk ke dalamnya, lalu di bawah kuali dibakar api (seperti memasak). jika tawanan tetap tidak mahu mengakui kesalahannya, maka akan mati kepanasan.

Kemudian Wu Zetian mendengar hal ini dan memanggil Lai Junchen. dia bertanya pada Lai Junchen, apa yang dilakukan bila ada tawanan yang tidak mau mengaku? Lai Juunchen menceritakan cara ini dengan bangga. Wu Zetian pun berkata dengan tenang, “Persilakan dia masuk ke kuali.” … dan Lai Junchen pun mati dibakar.

8. Menyeksa kemaluan
Sima Qian pernah menerima hukuman ini sebelum menuliskan kitab sejarah (Shi Ji). Cara ini di Zhongguo sangat terperinci. ikat bahagian kemaluan agar darah tidak dapat mengalir, sehingga rosak, kemudian dipotong dengan pisau (seluruhanya) Setelah dipotong, diletakkan abu wangi untuk menghentikan darah, pasangkan bulu angsa pada lubang jalur kencing. Tunggu beberapa hari, bulu angsa itu akan dicabut. Kalau boleh kencing, bermakna proses ini berhasil.

Kalau tak boleh kencing, anggap saja gagal. jadi orang cacat. biasanya mereka akan mati keracunan kerana kencing yang tak boleh keluar. jika hukuman ini dijalankan, sebaiknya alat sulit masih kecil. jika semakin tua, risikonya akan menjadi semakin besar. Hukuman ini sering digunakan oleh kaum bangsawan untuk menggantikan hukuman mati. Sebaliknya, untuk wanita, adalah dengan cara tertutup.

9. Lumpuhkan kaki
Untuk potong kaki ini, ada beberapa penjelasan yang berbeza. Ada yang mengatakan dengan memotong kaki dari lutut ke bawah. Ada juga yang mengatakan dengan mengambil tulang lutut. Yang kedua nampaknya lebih dapat dipercayai. ini kerana ia adalah sejenis hukuman kejam dengan membuatkan orang jadi lumpuh. Pada zaman Zhan Guo, Sun Bin (孙宾) pernah menerima hukuman ini.

Jika tulang lutut diambil, maka antara kaki bahagian atas dan kaki bahagian bawah akan kehilangan hubungan, berdiri pun tidak boleh. dalam sejarah tidak rasmi, Sun Bin mengatakan akibatnya tidak boleh menunggang kuda ketika berperang.

10. Tusuk dengan jarum
iaitu dengan menusukkan jarum pada celah kuku. Biasa digunakan untuk tawanan wanita.

11. ditanam hidup-hidup
Sering digunakan pada zaman Zhan Guo. kerana khidmat tenaga, juga cepat. Hukuman ini biasanya tawanan perang disuruh menggali lubang sendiri, kemudian dibunuh dan dimasukkan ke dalam lubang itu. jika waktunya tidak cukup, terus sahaja dimasukkan ke dalam lubang dan ditanam hidup-hidup. Hukuman ini sudah ada sejak zaman kuno. Tapi belum pernah tercatat ada tokoh terkenal yang mati dihukum dengan cara ini. Yang lebih kejam ialah dengan ditanam dalam posisi berdiri, dengan kepala di atas permukaan tanah, dan disiksa dahulu.




12. Racun Zhen
Racun zhen sepertinya merupakan cara yang cukup berperikemanusiaan di antara hukuman-hukuman kejam ini. Di antara racun-racun jaman Zhongguo kuno, yang paling terkenal adalah racun zhen. Dari sinilah asal muasal dari peribahasa “minum zhen untuk menghilangkan haus”. Biasa digunakan untuk hukuman “diberi kematian” (maksudnya disuruh bunuh diri sendiri).

13. Hukuman tongkat
Yang dimaksudkan dengan tongkat, bukan bererti dipukul dengan tongkat. tongkat dimasukkan dari mulut sampai ke dalam tubuh hingga keseluruhannya masuk. ini akan mengakibatkan perut dan organ badan pecah dan yang dihukum akan mati dengan tragis. Dalam sejarah rasmi, tidak ada catatan tentang hukuman ini. Cara hukuman ini muncul pada novel Xia Ke Xing karya Jin Yong. Bahkan ada istilah indahnya iaitu “membuka mulut dan tertawa”.

14. Potong dengan gergaji
dengan menggergaji orang sampai mati. ia merupakan antara hukuman-hukuman kejam di neraka, yang ada tertulis tentang hukuman gergaji sampai mati ini. Sebenarnya, hukuman gergaji ini tidak hanya ada dalam dongengan, melainkan juga ada di dunia nyata.

Pengurus pasar, pejabat Chen Sheng adalah pejabat kesayangan Sun Hao. dia menangkap sang perampas dan dihukum. Sang selir melaporkan pada Sun Hao, Sun Hao marah, lalu mencari-cari alasan dan menangkap Chen Sheng atas kesalahan yang lain. Lalu memerintahkan penghukum membakar gergaji sampai merah, dan menggergaji kepala Chen Sheng.

15. Mematahkan tulang belakang
ketika seseorang punyai dendam yang mendalam pada musuhnya, maka dia akan berfikir cara mematahkan tulang belakang. cara ini memang merupakan salah satu cara untuk melampiaskan amarah, kerana apabila tulang belakang patah, orangnya pasti akan mati. Dalam sejarah Zhongguo, patahkan tulang belakang ini juga merupakan salah satu bentuk hukuman yang penting. pada zaman Chunqiu, Ji Chong’er bermaksud menentukan hukum tertulis secara jelas agar masyarakat patuh pada hukum, kemudian ia berunding dengan para penasihat.

Dian Jie datang lambat ke tempat kerja. Ada yang menganggap Dian Jie bersalah dan harus dihukum. Ji Chong’er setuju, dan Dian Jie dihukum dengan dipatahkan tulang belakangnya. Semua penasihat negara Jin sangat takut, mereka berkata: “Dian Jie yang sudah ikut Ji Chong’er mengembara ke negara-negara selama 19 tahun, memiliki jasa yang sangat besar, kerana kesalahan kecil saja dihukum dengan begitu berat. Bagaimana dengan kami?’ Sejak itu, semua orang jadi sangat taat pada hukuman tersebut.

16. Sisir & bersihkan
Yang dimaksudkan dengan sisir & bersihkan, bukanlah anak gadis yang sedang bersolek, melainkan nama sebuah hukuman sadis. yang dimaksudkan adalah mengsiat kulit orang dengan sikat besi sehingga tinggal tulang & daging saja, sampai akhirnya mati. Pencetus pertama hukuman ini adalah Zhu Yuanzhang. Berdasarkan catatan karangan Shen Wen, pada saat menjalankan hukuman ini, penghukum melepaskan seluruh pakaian penerima hukuman, lalu dibaringkan di atas ranjang besi, tubuhnya disiram dengan air mendidih beberapa kali, lalu disiat dengan menggunakan sikat besi.

Sama halnya seperti menyiram ayam dengan air panas untuk dicabuti bulunya. Terus hingga kulit dan daging terkelupas habis & tulangnya terlihat. Penerima hukuman biasanya belum sampai selesai sudah mati duhulu. Sisir & bersihkan ini memiliki persamaan prinsip dengan hukuman mati perlahan-perlahan. Wu Sansi pernah menyuruh  Zhou Lizhen untuk menangkap Heng Yanfan, kemudian diseret-seret di atas rakit bambu sampai dagingnya terkoyak & terlihat tulangnya, kemudian memukulnya dengan tongkat sampai mati.



Gravity illusion!


Kisah Seorang Manusia Raksasa



LI HONGFANG yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang membesar di mukanya sejak 10 tahun lalu menyebabkan dia dipinggirkan oleh penduduk kampung.
Penyakit yang dikenali sebagai kordoma itu menyebabkan mukanya membesar dan membuatkan wanita yang bekerja sebagai petani itu kelihatan seperti raksasa.
Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia tidak mampu menampung kos membuang tumor itu kerana bayarannya terlalu mahal iaitu kira-kira 600,000 yuan (RM296,732).
Hongfang menceritakan, dia mula menderita penyakit itu pada tahun 2001 dengan hanya kesan tompok kecil di dahinya.
Menetap di sebuah perkampungan di Tianchao, negeri Qianxian, dekat wilayah Shaanxi, dia disahkan mempunyai tumor selepas menjalani pemeriksaan empat tahun kemudian.
Doktor mengesahkan dia mempunyai tujuh ketul tumor di bahagian muka. Akibat tidak mampu mendapatkan rawatan, dia terpaksa membiarkan tumor itu membesar perlahan-lahan.
"Saya sedar ramai orang melihat saya seperti raksasa tetapi saya sebenarnya manusia biasa. Saya ibu kepada dua orang anak, bukannya seekor raksasa," katanya.
Dahulu, Hongfang seorang wanita yang cantik. Lantaran penyakitnya itu, wang simpanannya habis digunakan mendapatkan rawatan. Akhirnya dia pernah menjadi pengemis di bandar.
Pembedahan
"Hidup mesti diteruskan untuk ibu mertua, anak-anak dan keluarga. Namun, penduduk kampung sering menganggap saya wanita malang yang membawa kecelakaan.
"Malah, mereka sering mengatakan suami saya akan meninggalkan saya tetapi Guo Yingping (suami baharunya) nampaknya sanggup menyimpan wang hasil bekerja di ladang untuk pembedahan saya," ujarnya.
Dia bersyukur kerana suaminya terus menyokongnya, begitu juga ibu mertuanya.
"Saya hanya ingin menjadi wanita normal semula selain ibu yang bertanggungjawab membantu keluarga," katanya.
Suami pertamanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya tidak lama selepas Hongfang melakukan pemeriksaan doktor, namun selepas itu dia berkahwin dengan seorang lelaki yatim piatu, Yingping pada tahun 2009. Mereka tinggal di kampung berhampiran.
Kedua-dua anak lelaki Hongfang, berusia 14 dan 17 tahun, telah meninggalkan kampung halaman untuk bekerja, walaupun si ibu membantah hasrat mereka.
"Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi kami mencintai antara satu sama lain. Kami begitu menyayangi dua anak lelaki kami.
"Tetapi anak saya mengambil tindakan nekad meninggalkan saya ketika saya amat memerlukan sokongan mereka," katanya sedih.
Namun, dia menarik nafas lega apabila kerajaan China bersedia menanggung kos rawatannya.
Menurut seorang pakar perubatan, Xue Gang, pihak atasan telah mengarahkan mereka mengubati Hongfang walaupun berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan.
Seorang pakar bedah, Pan Lin dari Hospital Xijing, China, yang merupakan hospital wanita malang itu akan menjalani pembedahan memberitahu, keadaan Hongfang akan kembali normal selepas dibedah.
"Penyakitnya cukup pelik tetapi tidak sehingga mengorbankan nyawanya. Selepas pembedahan membuang tumor, kami akan melakukan pembedahan plastik bagi memastikan dia cantik semula," katanya. - Agensi

Jangan Didik Anak Dengan Filem Seram




HANTU dan puaka merupakan sebahagian daripada watak-watak yang selalu hadir di sekeliling kita. Ia diceritakan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Ini menjadikan seolah-olah hantu dan puaka itu seolah-olah selalu mengekori manusia.
Sungguhpun watak hantu telah ditafsirkan dengan pelbagai cara dan diceritakan daripada satu individu kepada individu yang lain, namun sangat jarang yang pernah melihatnya sendiri.
Banyak daripada watak hantu yang seram dan mengerikan itu bersumberkan daripada cerita orang lain.
Bagaimanapun, kerana ia menjadi cerita yang dipercayai, watak hantu telah menjadi sebahagian daripada perbualan masyarakat.
Disebabkan cerita hantu mampu menarik minat, mutakhir ini lambakan filem seram telah menguasai industri perfileman kita.
Walaupun filem hanyalah sekadar sebuah medium untuk berhibur, ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak.
Anak-anak percaya bahawa hantu atau watak seram itu benar-benar wujud di sekeliling mereka.
Dalam masyarakat Melayu khususnya, hantu telah menjadi sebahagian daripada simbol yang digunakan untuk menakutkan anak-anak yang sering menangis pada tengah malam atau mengawal kenakalan mereka.
Adakah itu cara yang betul dalam mendidik anak-anak? Hakikatnya, mendidik anak untuk takutkan hantu telah menanam konsep baharu ke dalam diri mereka. Ia telah membuatkan mereka percaya bahawa hantu itu sememangnya watak yang menakutkan dan boleh menyebabkan manusia ditimpa musibah.

Menanam Kepercayaan Awal
Malang sekali, kerana konsep hantu tersebut tidak dapat dibuktikan, ketakutan anak-anak itu terbawa-bawa sehingga mereka dewasa.
Mereka akan takut melalui kawasan kubur kerana kononnya ia menjadi tempat tinggal hantu atau enggan berada di tempat gelap walaupun di dalam bilik kerana kononnya ada hantu.
Sebenarnya, mendidik anak dengan konsep hantu terutamanya ketika anak-anak masih kecil hanya menjadikan mereka manusia yang penakut kepada sesuatu yang diragui kewujudannya.
Walaupun ia mungkin bukanlah pendekatan yang sesuai, tetapi menakutkan anak-anak dengan perkara yang boleh dibuktikan mungkin lebih baik daripada menakutkan mereka dengan cerita hantu.
Misalnya, kalau anak menangis, kita menakutkan mereka dengan harimau atau gajah. Apabila mereka dewasa, mereka akan tahu bahawa harimau atau gajah hanya berada di hutan atau setidak-tidaknya di zoo.
Sebaliknya, kalau kita menakutkan mereka dengan hantu dan ia tidak boleh dibuktikan, mereka akan menggambarkan hantu itu akan berada di mana-mana sahaja.
Hantu boleh berada di dalam bilik air atau pada malam hari. Hantu juga boleh muncul ketika kita tinggal berseorangan.
Sehubungan itu, ibu bapa harus berhati-hati apabila mendidik anak-anak mereka. Jangan mengambil jalan singkat untuk menghentikan anak-anak menangis, sedangkan perbuatan seumpama itu hanya merosakkan keyakinan diri mereka pada masa hadapan.
Apa yang terjadi, biasanya mereka yang menceritakan ternampak hantu itu adalah mereka yang takut kepada makhluk tersebut.
Adakalanya, hantu yang diceritakan itu bukanlah hantu yang sebenarnya, sebaliknya hanyalah imej lain yang pada sangkaan mereka ialah hantu.
Konsepsi mengenai hantu telah menyebabkan wujudnya nujuman penyempurnaan kendiri dalam diri seseorang.
Kita meramal dahulu dan membenarkan kemudian. Apabila ada plastik putih yang terbang pada waktu malam, mereka yang sudah sedia menanam kepercayaan konsep hantu ini segera membuat kesimpulan bahawa itu ialah hantu.
Sesekali, apabila terdengar ada bunyi asing pada tengah malam, mereka menyatakan bahawa mereka sedang diusik hantu.
Kepercayaan awal itulah yang menyebabkan kesimpulan mengenai hantu itu dibuat tanpa berfikir panjang.
Walaupun dalam Islam kita memang disuruh mempercayai kewujudan jin dan syaitan, tetapi tentulah ia bukan seperti yang digambarkan dalam cerita masyarakat kita.
Kepercayaan dan ketakutan yang keterlaluan masyarakat kita terhadap hantu telah mencetuskan watak hantu dengan pelbagai nama dan sifatnya.
Hakikatnya, daripada banyak cerita seram yang kita dengar itu jarang ada antara kita yang pernah menyaksikannya sendiri.






Budak 10 Tahun Dibelasah Selepas Menolong Kawannya Menjual Baragan Curi!


JOHOR BAHRU: Hanya kerana menerima upah RM1 daripada rakan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun berasal dari Taman Nora, Ulu Tiram di sini, bukan saja dituduh bersekongkol mencuri besi buruk, malah dijadikan tahanan lima jam oleh jirannya.
Jiran terbabit juga sanggup membelasah mangsa dikenali sebagai Ganesh hingga patah tangan kiri selain mencucuh puntung rokok di beberapa bahagian badannya.

Menceritakan nasib malang menimpa cucunya, nenek mangsa, M Devi, 44, berkata, kejadian berlaku pada tengah hari, 13 Jun lalu apabila Ganesh diajak seorang anak jiran menemaninya ke kedai berhampiran.


Menurutnya, selepas pulang ke rumah, seorang jiran yang tinggal selang beberapa rumah datang ke rumah mereka pada jam 3.50 petang dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan Ganesh yang didakwa mencuri besi buruk miliknya.

“Apabila saya menyoal Ganesh, dia mengakui melihat rakannya, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menjual besi buruk di sebuah kedai.

“Ganesh juga mengakui rakannya memberikan RM1 kepadanya sebagai upah kerana menemaninya dan tidak menyangka ia barangan curi,” katanya, semalam.



Katanya, Ganesh memaklumkan rakannya itu mengatakan besi buruk itu milik keluarganya.

Malah, Devi berkata, Ganesh mendakwa remaja berkenaan menjual besi buruk itu pada harga RM20 dan menggunakannya untuk membeli basikal terpakai.


“Mendengarkan kenyataan Ganesh, jiran kami yang juga lelaki berusia lewat 30-an memaksa cucu saya itu mengikutnya pulang. Saya serta suami cuba menghalang tetapi gagal.

“Malah suami, T Aravind berusia 54 tahun dicederakan kerana cuba menghalang perbuatan lelaki itu,” katanya.


Menurut Devi, lelaki terbabit meminta ahli keluarganya mengawasi mereka supaya tidak keluar rumah membantu Ganesh.


Katanya, mereka bernasib baik kerana menantu lelakinya yang mengunjungi kediaman itu pada jam 9 malam menghubungi balai polis berhampiran.


“Ganesh yang dikurung selama lima jam hanya dibebaskan selepas seorang anggota polis datang ke tempat kejadian.


“Anggota polis itu memaklumkan ketika menyelamatkan Ganesh, kedua-dua tangan cucu saya diikat ke belakang.


“Kami terkejut melihat keadaan Ganesh yang cedera, malah bajunya mempunyai kesan darah,” katanya.


Menurutnya, Ganesh dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan masih menerima rawatan.


Bimbangkan keselamatan mereka sekeluarga, Devi berkata, mereka kini menumpang di rumah seorang kenalan di Skudai.


Keluarga Devi membuat laporan di Balai Polis Skudai berkaitan kejadian itu pada 14 Jun lalu.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Pesawat solar rentas padang pasir




RABAT, Maghribi - Sebuah pesawat yang menggunakan tenaga solar berjaya menamatkan penerbangan merentasi padang pasir di Maghribi semalam selepas berlepas dari Rabat kelmarin.
Pesawat buatan Switzerland, Solar Impulse yang dikendalikan seorang juruterbang, Andre Borschberg selamat mendarat di Ouarzazate, Maghribi 26 minit selepas tengah malam.
Ia merupakan pengembaraan peringkat akhir Borschberg, 59, yang bermula dari negara asalnya, Switzerland sebelum terbang ke Sepanyol dan berakhir di Maghribi.
"Pengembaraan kami menunjukkan terdapat cara lain untuk menjimatkan tenaga, menyelamatkan alam sekitar serta planet," katanya.
Saiz sayap pesawat berteknologi tinggi itu menyamai panjang pesawat komersial Airbus A340. Namun, ia ringan seperti sebuah kereta.
Pesawat yang berada lebih 17 jam di udara itu dipacu empat motor elektrik yang dijana oleh 12,000 sel solar pada kedua-dua sayapnya. - AFP

Tergamam Suami Mati Digilis


IPOH: “Saya tergamam sebaik dimaklumkan sebahagian tubuh arwah suami hancur dilenyek lori balak selepas kemalangan itu,” kata Yoon Mohd Sabar, 65, isteri kepada arwah Idris Othman, 58, yang maut digilis serta diseret lori balak, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab itu, motosikal dinaiki Idris bergesel dengan lori berkenaan sebelum hilang kawalan dan terpelanting ke bawah lori.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seri Murni, Pasir Puteh, di sini, menuju ke bandar raya Ipoh untuk membayar bil utiliti dan pinjaman kereta.


Kejadian ngeri berhampiran Perpustakaan Tun Razak itu menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian selepas diseret sejauh lima meter di lokasi kejadian.

Yoon berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan jirannya jam 1 tengah hari.


“Arwah baru saja menamatkan perkhidmatan sebagai pekerja am rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Hulu Kinta pada Februari lalu sebelum menguruskan gerai menjual buah di pekan Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang semalam.



Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.

Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong lori itu sebelum bergesel dengan kenderaan itu menyebabkannya tercampak ke bawah lori.


“Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk terutama bagi orang awam yang mahu menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami turut merekodkan percakapan pemandu lori berusia 45 tahun itu bagi siasatan lanjut,” katanya.

Cikgu Yang Kurang Pandai!


Seni Tatoo Di Jepun!


BAGI pelukis tatu, Horiyoshi III, bahagian kulit tubuh manusia yang dicacahnya merupakan kanvas bagi menonjolkan misteri dan legenda Jepun, biarpun seni itu sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah kongsi gelap.
Berimejkan gunung-ganang dan ombak serta makhluk-makhluk mitos mengagumkan, corak-corak tatu daripada seni popular abad ke-18 itu jauh berbeza berbanding trend yang sering dilihat di Barat. Begitupun, ia tetap mengundang persepsi negatif dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru.
Seni tatu di Jepun mempunyai reputasi yang lebih buruk. Ia sering dikaitkan dengan keganasan jenayah kumpulan kongsi gelap Yakuza. Tanggapan itu disifatkan sesuatu yang tidak adil bagi penggemar-penggemar tatu.
Horiyoshi yang menggabungkan variasi peralatan moden dan tradisional ketika mencacah tatu berkata, dia amat mengagumi Hokusai, pelukis tatu yang terkenal dengan rekaan corak ombak tsunami dan Gunung Fuji.
"Saya juga turut dipengaruhi artis-artis lain di Jepun. Sudah pasti, saya tidak dapat menghasilkan karya-karya yang sama seperti mereka.
Saya perlu menyesuaikannya dalam karya yang saya lakukan," katanya semasa pameran hasil kerjanya di Utagawa Kuniyoshi, Tokyo yang banyak mengetengahkan corak landskap, haiwan mistik dan gambaran perjuangan pahlawan samurai.

Kisah Mitologi
Bekas jurulatih kecergasan, Asada Yoshi, 52, memilih untuk menghiasi tubuhnya dengan corak tatu yang menceritakan semula mengenai mitologi Jepun.
"Di sebelah kaki kanan, anda boleh lihat ikan kap sedang melompat dan di kaki kiri pula terdapat sejenis makhluk, iaitu separuh naga dan separuh ikan kap. Di belakang badan pula saya memilih corak naga yang besar," kata Horiyoshi, yang menggunakan nama tunggal seperti ramai pelakon kabuki lain.
"Ia adalah legenda purba mengenai ikan kap yang bertukar menjadi naga selepas berenang mengharungi air terjun."
Perantis Horiyoshi, seorang rakyat Jerman, Alexander Reinke yang berharap untuk menjadi Horiyoshi IV suatu hari nanti berkata, dia tertarik dengan seni tatu Jepun kerana keunikannya.
Lelaki itu berkata, tidak seperti corak atau rekaan popular Barat, seni tatu di Jepun mempunyai naratif tersendiri dan bukan diadaptasi daripada mana-mana budaya.
Katanya, corak yang berinspirasikan watak-watak dalam kebudayaan Cina dan Sanskrit yang sering mengiasi tubuh penggemar-penggemar tatu di London dan New York tidak boleh ditemui di Jepun.
"Perbezaan paling ketara adalah corak tatu di Barat direka untuk menonjolkan pelukisnya secara individu," katanya.
"Mereka mahu menyatakan atau mengingati sesuatu yang mereka paling sukai.
"Bagaimanapun di Jepun terdapat kumpulan pelukis tatu yang tidak menonjolkan diri mereka secara individu kerana ia dianggap tidak begitu penting di negara ini berbanding secara berkumpulan," tambah Reinke.
Mentaliti itu sering diterjemahkan melalui kelab-kelab tatu yang menjadi tempat pertemuan dan ahli-ahli menonjolkan karya seni. Di situ, mereka hanyalah manusia biasa yang bekerja kerana keghairahan terhadap seni lukisan tubuh itu, katanya.

Tattoo

"Lazimnya, kumpulan yang pernah ditatu dalam kalangan pakar tatu ini menubuhkan kelab-kelab kecil. Seperti hari ini, kesemua mereka yang berkumpul di sini pernah mendapatkan khidmat Horiyoshi dan mereka hadir sekadar untuk bersantai," ujar Reinke.
Yoshi bagaimanapun menjelaskan, adalah mustahil untuk dia mempunyai tatu sekiranya terus bekerja sebagai jurulatih kecergasan seperti sebelum ini.
"Sukar untuk mempunyai tatu di Jepun. Sebahagian besar masyarakat mempunyai prejudis. Namun, sifat ingin tahu dan keghairahan saya terhadap seni ini melebihi prejudis yang ada," katanya yakin.
Pengharaman
Mereka yang mempunyai tatu diharamkan untuk memasuki beberapa lokasi di Jepun, daripada kolam air panas sehingga kelab kecergasan.
Datuk Bandar Osaka sebelum ini juga pernah mengarahkan golongan pekerja di bandar raya itu mengisi borang soal selidik untuk mengesan sama ada mereka pernah mempunyai tatu atau tidak.
Diskriminasi itu disebabkan kewujudan beberapa kumpulan seperti Yakuza, yang dalam kalangan ahli-ahlinya mempunyai corak tatu tertentu bagi membezakan mereka daripada kumpulan jenayah lain, seperti Yamaguchi-gumi.
Rangkaian kumpulan jenayah terancang di negara itu dianggotai kira-kira 50,000 ahli. Mereka terkenal dengan penglibatan dalam aktiviti perjudian, penyalahgunaan dadah, pelacuran sehingga jenayah kolar putih dan peminjam wang.
"Ia hanyalah sebuah seni lukisan tubuh. Namun, orang memikirkan yang bukan-bukan dengan mengaitkannya dengan sesuatu yang jahat," kata Horiyoshi.
"Imej-imej ini masih terpahat dalam minda masyarakat, tatu mempunyai kaitan dengan jenayah dan jenayah pula adalah Yakuza. Masyarakat kini takut dengan tatu apatah lagi untuk mencubanya."





Rahsia Rubik's Cube


[LAWAK]Anak Beranak Obama!


[LAWAK]Pernah Jumpe Presiden Amerika!


Proses Kelahiran Ikan Pari!Subhanallah!

Luar biasa sungguh makhluk ciptaan Allah SWT. Dialah yang hanya mampu menjadikan semua ini berlaku. Jom kita lihat proses kelahiran anak ikan pari ni. Subhanallah!







Astro Guna Teknologi Baru!





SYARIKAT penyiaran Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara mengguna pakai teknologi perkhidmatan pelbagai skrin di atas rangkaian jalur lebar untuk TV yang dipatenkan melalui Irdeto.
Irdeto yang beroperasi di Belanda itu turut membekalkan perkhidmatan saluran premium untuk platform mudah alih yang dimanfaatkan oleh Astro untuk perkhidmatan On The Go mereka bermula awal pertandingan bola sepak Euro 2012, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Irdeto, Graham Kill berkata, kerjasama kedua-dua pihak membabitkan kemudahan siaran untuk pelbagai saluran pada satu skrin yang kini digunakan meluas di dunia.


“Astro menjadi satu rakan kongsi baik yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna di Malaysia,” katanya di persidangan dan pameran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terbesar di rantau ini, CommunicAsia yang berlangsung di Singapura.

Beliau memaklumkan, dalam persekitaran pelbagai skrin yang memerlukan permintaan tinggi dari pelanggan, Astro memerlukan penyelesaian holistik dan kukuh di samping pengurusan tersusun mengelakkan kecacatan pada sistem.


Sementara itu, Ketua Pegawai Inovasi Astro, Brian Lenz memaklumkan, sudah tiba masanya rakyat Malaysia menikmati kandungan yang lebih peribadi.



“Kami percaya perkhidmatan baru ini membantu kami mengukuhkan kedudukan di pasaran dan berhubung dengan generasi baru penonton TV di Malaysia,” katanya.

Irdeto sudah menjalin kerjasama dengan Astro sejak 2010 apabila mereka mula memperkenalkan inovasi TV Berprotokol Internet (IPTV) B.yond.