Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Trend Pelik Bengkakkan Dahi Di Jepun
Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’
Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.
Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!”Apabila masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.
John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih.”
Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.
“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.
Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.
“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya.
P/s:Pelik betul la orang jepun ni.
Datuk 64 Tahun Buat Pembedahan Ganti Kelamin
Masa tua seharusnya masa untuk rileks dan menyenangkan untuk menghabiskan sisa hidupp. Namun tidak kepada Michael Mason, 64.
Datuk yang tinggal di Hillingdon, London Utara telah membuat satu keputusan yang agak memeranjatkan apabila hendak menjalani pembedahan kelamin.
Pengusaha yang berjaya ini mempunyai empat orang anak dan 11 cucu. Setelah bertahun-tahun memendam keinginan itu ia akhirnya menjalani pembedahan kelamin dan mengubah nama menjadi Michelle.
Perubahan ini merupakan hasil penambahan hormon selama beberapa tahun dan tujuh operasi yang dilakukannya sejak tahun 2006. Dia pun menjadi orang yang paling tua di England yang menjalani pembedahan kelamin.
Michelle mengaku, perubahan dalam dirinya sebenarnya berlaku ketika dia berusia empat tahun.
“Saya selalu tertarik pada baju perempuan. Saya selalu menangis bila ibu mendandani saya seperti laki-laki kerana saya ingin memakai baju perempuan. Waktu bersekolah, saya lebih banyak bermain dengan teman perempuan,” terang Michelle.
Wanita yang menjadi isterinya merupakan kekasih kedua yang pernah dimilikinya. Mereka menikah pada tahun 1960an. Saat itu orang tidak membicarakan ganti kelamin, kerana hal itu dianggap tabu.
Walaupun berjaya menjalankan bussinesnya dan memiliki empat anak yang dicintai, Michelle tetap tidak boleh menolak keinginannya untuk menjadi seorang wanita.
“Saya mencintai keluarga saya, tapi saya merasa tertekan. Tak ada seorang pun yang boleh saya ajak berbicara . Saya telah menikah selama 40 tahun dan anak-anak saya telah memiliki keluarganya sendiri. Saya fikir, inilah saatnya saya menjalani kehidupan sesuai keinginan saya,” lanjutnya.
Isterinya menerima keputusannya tersebut. Namun mereka mengakhiri pernikahannya. Kini Michelle tengah jatuh cinta pada seorang yang berusia 70 tahun, bekas anggota Partai Konservatif di kota tersebut.
Najis Manusia Dijadikan Sebagai Daging Steak
Steak adalah sepotong daging besar yang dimasak bersama pelbagai jenis bahan dan perisa sebelum dipanggang dan dihidangkan. Makanan ini sangat digemari terutamanya bagi peminat makanan Barat.
Namun di tengah-tengah ancaman kekurangan bahan asas makanan, ramai pihak kini mencari bahan alternatif lain sebagai makanan. Terkini, pasa saintis di Jepun berjaya menjadikan najis manusia sebagai sumber bahan asas terbaru. Meskipun ramai orang menganggap ia menjijikkan, tetapi sumber asas terbaru ini sudah diuji dan sesuai untuk dimakan.
Bahkan, daging yang dibuat dari feses manusia itu sangat sesuai untuk dibuat steak. Setidaknya itu yang dilakukan oleh saintis, Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama, Jepun.
Seperti dilaporkan laman digitaltrends, daging steak buatan Ikeda itu mengandungi protein yang sangat tinggi, iaitu 63%. Komposisi lainnya dari steak berbahan feses itu adalah : karbohidrat (25%), lemak (3%), dan mineral (9%).
Dari hasil ujian rasa pertama, beberapa orang yang terlibat dalam ujian itu mengatakan rasa steak tersebut seperti daging lembu.
Pelik!Lelaki Mempunyai Payu Dara
Mereka tiga beradik semuanya adalah lelaki. Namun kerana keadaan genetik yang jarang ditemui 3 beradik ini mempunyai payudara besar layaknya seorang wanita.
Ramirez bersaudara yang berasal dari Republik Dominica ini mengalami Gynecomastia, keadaan genetik yang terjadi pada lelaki kerana mengalami ketidakseimbangan hormon.
Gynecomastia biasanya disifatkan oleh pertumbuhan abnormal payudara lelaki. Ini berkaitan dengan pertumbuhan tisu payudara.
Keadaan ini boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah payu dara.
Bertubuh lelaki namun dengan payudara layaknya wanita tentu saja membuat tiga beradik ini sering diganggu, diejek malah dipukul oleh teman-temannya.
Namun kini tidak lagi setelah payudara besar mereka berjaya dinormalkan melalui pembedahan
Cipta Peralatan Kecergasan Dengan Kayu
MOSCOW - Seorang ahli psikologi lulusan Universiti Negeri Leningrad, Valery Titov mencipta lebih 20 peralatan kecergasan dengan menggunakan kayu.
Peralatan itu dihasilkan dengan menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang komponen logam.
Titov yang berusia 63 tahun yang merupakan seorang penternak lebah tinggal di Novopyatnitskoye, 120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarsk, Rusia.
Menurutnya, buat masa ini, tiada pelabur dan ahli perniagaan yang berminat dengan ciptaannya itu. - Reuters
Lapah Ular Tedung Untuk Sara Hidup
BANTUL, Indonesia - Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka.
Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari.
Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)












