Filem "Hantu Kapcai" Menghina Islam?

Pengarah dan juga penulis skrip filem "Hantu Kapcai", Ghaz Abu Bakar menolak dakwaan elemen alam barzakh dan roh yang diselitkan dalam filem komedi itu adalah dengan berniat mahu menghina agama Islam.

"Saya sebagai seorang muslim bukanlah sejahil itu sehinggakan mahu menghina Islam dengan sesuka hati. Saya dilahirkan sebagai seorang beragama Islam dan tidak mungkin saya sanggup melakukan agama saya sedemikian.

"Apa yang disampaikan dalam filem ini adalah hanya rekaan semata-mata dan supaya penonton terhibur dengan komedi yang diselitkan," ujarnya.

Elemen-elemen roh, alam barzakh atau apa sahaja tafsiran orang yang dipaparkan dalam "Hantu Kapcai" adalah himpunan memori pada watak Akim lakonan Hairul Azreen dan Ajib (Zizan Razak).

Ujar Ghaz lagi, dia bukan sengaja mahu mengundang kontroversi apatah lagi memasukkan agama di dalam isu ini.

"Saya memang tiada niat untuk mempersendakan agama kita. Apa yang saya lakukan adalah daripada sisi komedinya sahaja. Saya harapkan bagi mereka yang bakal menonton filem ini, jangan mudah memberikan kritikan sebaliknya cuba menghayati komedi yang kami sampaikan itu lebih bermakna," jelas Ghaz lagi.

Mengenai harapan terhadap filem sulung arahannya itu, Ghaz berkata, populariti pelakon utamanya mampu menarik penonton biar pun senario kutipan filem tempatan tidak begitu menentu kebelakangan ini.

"Hantu Kapcai" merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions mengisahkan seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang sehinggalah nyawanya terkorban.

Sebelum ini, Ghaz dikenali sebagai pengarah klip video lagu-lagu artis tempatan antaranya "Kisah Hati" (nyanyian Alyah), "Cinta Bersatu" (Liyana Jasmay) dan terbaru "Muara Hati" (Datuk Siti Nurhaliza & Hafiz).


Sumber:yahoo!

Bantu Kami Hanya Perlu Tekan Link Ini!

0 comments:

Post a Comment