Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Ning Baizura Bakal Menjadi Ibu
Penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura Hamzah, 37, bakal menimang cahaya mata pertamanya pada awal tahun depan.
Beliau yang kini hamil lima bulan membuat pengumuman itu pada sidang akhbar khas di sini hari ini.Menurut Ning, beliau bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan selain teruja dengan pengalaman pertama kehamilan."Saya dan suami, Omar Sharif gembira dengan kehamilan sulung saya ini."Alhamdulillah saya tidak mengidam apa-apa seperti ibu-ibu mengandung lain," katanya.Kata Ning, walaupun berbadan dua, beliau masih menerima undangan persembahan sehingga 20 Disember sebelum membuat persiapan bersalin.
Shah Rukh Khan Didenda Hisap Rokok Di Tempat Awam
Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin.
Denda itu lebih rendah daripada harga sekotak rokok miliknya.
Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya.
Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders
Dia menghisap rokok pada 8 April lalu semasa satu perlawanan antara kelabnya dengan Rajasthan Royals di Stadium Sawi Man Singh.
Pengendali Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh mengemukakan aduan mahkamah terhadap Shah Rukh pada 9 April lalu berdasarkan gambar yang disiarkan beberapa akhbar.
Gambar itu menunjukkan Shah Rukh menghisap rokok semasa perlawanan berlangsung.
Anand memohon tindakan dilakukan terhadap bintang filem itu di bawah Akta Larangan Merokok Rajasthan tahun 2000 yang melarang rokok dihisap di tempat awam.
Dato Dr.Fazley Pemenang MasterChef Selebriti Malaysia 2012
SIAPA sangka daripada tidak pandai menanak nasi, penyanyi dan pakar motivasi, Dr Fazley Yaacob, 33, muncul juara MasterChef Selebriti. Dia menewaskan 15 lagi selebriti lain, setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung. Wang kemenangan sebanyak RM57,500 pula bakal disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya. Kata Fazley, badan yang diwakili amat bertepatan memandangkan beberapa ahli keluarganya seperti nenek di sebelah bapa antara penghidapnya.
Sejak program itu juga, saya kini terpaksa buat dua kerja. Kalau sebelum ini saya dipanggil untuk memberi ceramah motivasi, tetapi kini penganjur akan selitkan juga demo masakan” Fazley Yaacob, Juara MasterChef Selebriti
Mengimbau kembali penyertaannya beberapa bulan lalu, ujar Fazley, pada mulanya dia ragu-ragu untuk menyahut cabaran itu. Apatah lagi pada awalnya, Astro sekadar memaklumkan mereka mahu dirinya menghulurkan khidmat sebagai pakar motivasi. Hakikatnya, namanya dicalonkan sebagai peserta.
Niat murni
Berpuluh kali mempertimbangkan tawaran itu, akhirnya dia bersetuju kerana niat murni program itu untuk membantu pihak memerlukan.
“Saya mula belajar masak sewaktu isteri melahirkan anak pertama kami, Ahmad Fariedz, tiga tahun lalu. Sehinggalah kepada anak kedua dan ketiga, memang saya akan masakan apa saja makanan yang dipinta isteri (Azrene Soraya).
“Biasanya, saya hanya memasak sepenuhnya dalam tempoh dua minggu pertama selepas kelahiran. Jadi jika hendak dikira, dari anak pertama hingga ketiga, saya hanya benar-benar memasak dalam enam minggu saja.
Percubaan menjadi
“Sebelum ini saya rasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana isteri dan ibu suka memasak. Ketika menuntut di New Zealand saya hanya masak mi segera. Hendak masak nasi pun saya terpaksa telefon ibu untuk bertanyakan caranya.
“Waktu isteri dalam pantang barulah saya cuba memasak, itu pun sekadar main campak-campak saja. Saya tidak pernah merujuk mana-mana buku ataupun resipi di internet. Malah saya tidak sangka percubaan demi percubaan saban minggu dalam MasterChef menjadi. Saya memang tidak menjangka akan muncul juara kerana saingan sengit yang diterima, terutama daripada Soo Wincci, Angah Raja Lawak dan Juliza Adlizan,” katanya.
Peminat bertambah
Sejak menyertai program itu juga, ruang lingkup peminatnya juga semakin berkembang. Jika keluar ke mana-mana, pasti ada peminat berbilang bangsa yang akan menegur. Andai sebelum ini kebanyakannya bertanyakan perkara berkaitan motivasi, tetapi kali ini dia ditanya mengenai tip masakan.
“Pernah saya ditegur seorang wanita India yang ingin tahu bagaimana cara memasak maruku dengan betul. Saya terpaksa terangkan kepadanya yang saya bukanlah pakar sangat mengenai masakan.
“Sejak program itu juga, saya kini terpaksa buat dua kerja. Kalau sebelum ini saya dipanggil untuk memberi ceramah motivasi, tetapi kini penganjur akan selitkan juga demo masakan,” kata Fazley.
Turut bertarung dalam MasterChef Selebriti ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.
Info:
Fazley - RM57,500 (Untuk Yayasan Jantung Malaysia)
Angah - RM7,500 (Untuk Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil)
Rumah Sharifah Shahira Dipecah Masuk
SYIRA kerugian RM1,500 apabila rumahnya dipecah masuk di Taman Melawati, Ampang Jaya semalam.
Penjenayah yang terdesak tidak kira rumah siapa yang hendak dipecah masuk dan terbaharu, rumah artis popular, Sharifah Shahira atau Shira di Taman Melawati di sini menjadi mangsa perompak yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas bernilai RM1,500 semalam.Kejadian tersebut disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak.Ketika kejadian, tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah.Shira berkata, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil.Katanya, pemeriksaan mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya telah dilarikan."Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan tidak disedari pembantu rumah yang ketika itu berada di tingkat bawah bersama tiga anak saya."Suspek dipercayai memecah masuk rumah saya dengan memanjat balkoni tingkat atas rumah sebelah," katanya ketika dihubungi semalam.
Konsert Madonna Tidak Laku
LONDON - Beratus-ratus peminat fanatik penyanyi terkenal, Madonna bertindak meninggalkan konsert penyanyi terkenal itu di Hyde Park pada Selasa lalu, lapor akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.
Sebahagian peminat berpendapat persembahan pada malam itu adalah yang terburuk pernah mereka lihat.
Kebanyakan mereka enggan menunggu sehingga konsert tersebut berakhir atas alasan kualiti bunyinya yang rendah, cuaca buruk dan Madonna gagal menyanyikan lebih banyak lagu hit klasiknya.
Madonna turut menanggalkan seluarnya sekali gus mendedahkan seluar dalamnya di hadapan penonton.
Antara lagu yang dinyanyikan Madonna ialah Like A Virgin serta beberapa lagu hit dalam album terbaharunya, MDNA.
Pihak pengurusan Madonna sebelum ini mengaku bahawa buat kali pertamanya mereka gagal menjual semua tiket konsert tersebut.
Harga sekeping tiket ialah AS$120.4 (RM380) dan ia mungkin antara punca konsert tersebut kurang mendapat sambutan.
Komen-komen tentang konsert itu dibuat oleh beberapa peminat Modonna di Twitter.
Taylor Swift Ketepikan Justin Bieber
NEW YORK - Penyanyi terkenal, Taylor Swift menduduki No.1 dalam senarai majalah dalam talian Forbes.com bagi kategori selebriti yang memperoleh pendapatan tertinggi di bawah umur 30 tahun.
Menurut Forbes kelmarin, Swift, 22, memperoleh pendapatan sebanyak AS$57 juta (RM181.4 juta) mengenepikan bintang remaja terkenal, Justin Bieber yang berada di tangga kedua.
Bieber, 18, yang menerima pendapatan kira-kira AS$55 juta (RM175.1 juta) merupakan selebriti lelaki tunggal yang memperoleh pendapatan tertinggi dalam lima kedudukan teratas.
Penyanyi sensasi Rihanna pula menduduki tangga ketiga dengan pendapatan AS$53 juta (RM168.7 juta) diikuti Lady Gaga dan Katy Perry.
Sementara itu, aktres Kristen Stewart menduduki tangga ketujuh dengan anggaran pendapatan AS$34.5 juta (RM109.8 juta).
Aktor Robert Pattinson berada di tempat ke-10 apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$26.5 juta (RM84.3 juta).
Ernest Borgnine Meninggal Dunia
LOS ANGELES, Amerika Syarikat - Pelakon siri televisyen Airwolf yang juga pernah memenangi anugerah Oscar untuk filem Marty, Ernest Borgnine meninggal dunia pada usia 95 tahun kelmarin.
Jurucakapnya sejak sekian lama, Harry Flynn memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa Borgnine mati akibat kegagalan ginjal di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini dengan isteri dan anak-anak berada di sisinya.
Pada awal pembabitannya dalam dunia perfileman pada tahun 1950-an, Borgnine dikenali kerana kerap melakonkan watak jahat terutamanya sebagai Fatso Judson yang membelasah Frank Sinatra sehingga mati dalam filem From Here to Eternity.
Borgnine mula mengecap populariti menerusi filem bajet rendah, Marty dengan melakonkan watak seorang penjual daging berusia 34 tahun yang bimbang tidak akan dapat memiliki cinta kerana berwajah buruk.
Dia kemudian menemui seorang gadis yang memiliki kebimbangan sama di satu majlis tari menari.
Bermodalkan cuma AS$360, 000 (RM1.14 juta), Marty dinobatkan filem terbaik untuk anugerah Oscar apabila mengetepikan beberapa filem bajet besar Hollywood seperti The Rose Tattoo, Love Is a Many-Splendored Thing, Picnic dan Mister Roberts pada 1955.
"Anugerah Oscar menobatkan saya sebagai seorang bintang filem dan saya berterima kasih," kata Borgnine dalam satu wawancara pada 1966.
"Namun, saya berasa kehidupan peribadi saya akan lebih tenang dan tidak kucar-kacir sekiranya saya tidak memenangi anugerah ini," tambahnya.
Kekalutan dalam hidup aktor tersebut termasuk empat perkahwinan yang musnah termasuk rumah tangganya bersama penyanyi Ethel Merman pada 1964.
Perkahwinan mereka bertahan tidak sampai enam minggu.
Namun, perkahwinan kelimanya pada 1973 dengan wanita kelahiran Norway, Tova Traesnaes berterusan hingga ke akhir hayat.
Traesnaes mengilangkan dan menjual rangkaian produk kecantikannya sendiri di bawah jenama Tova.
Dia menggunakan wajah suaminya yang awet muda itu dalam iklan produknya.
Antara filem lain lakonan Borgnine termasuk Ice Station Zebra, The Adventurers, Willard, The Poseidon Adventure, The Greatest" (sebagai pengurus Muhammad Ali), Convoy, Ravagers, Escape from New York, Moving Target dan Mistress.
Bunkface Ingin Buka Pusat Tuisyen?
SEPINTAS lalu, bunyinya ala-ala School Of Rock, filem lakonan Jack Black tu! Tapi bukanlah total begitu, ala-ala sahaja. Banggalah Diva dapat cerita bahawa Bunkface kini sedang merancang untuk kembangkan sayap mereka ke bidang pendidikan pula! Maksudnya, perjuangan kumpulan yang dianggotai ahli tetap Youk, Sam dan Paan bukan sekadar untuk kembangkan pengaruh muzik tapi mereka juga berjiwa murni untuk kembangkan minda peminat mereka.
Kata si pengurus Bunkface yang manja dengan nama Peah itu, pusat tuisyen yang diberi nama Bunkface Education Centre (BEC) atau Pusat Tuisyen Impak Evolusi itu akan mula beroperasi bertempat di Setia Alam, Shah Alam selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Sekarang, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan sedang dijalankan.
"Projek itu tercetus daripada idea asal Youk, yang mahu memberikan sesuatu yang boleh kekalkan impak sampai bila-bila, jadi dia pilih bidang pelajaran. Tak mahu lagi, orang kata muzik itu melalaikan," kata Peah.
Selain ada studio mini untuk sesi jamming dan kelas pembelajaran subjek-subjek akademik oleh pengajar bertauliah yang digaji, dengarnya, vokalis Bunkface, Sam sendiri akan mengajar subjek Bahasa Inggeris. Wah! Mesti ramai peminat datang nak belajar bahasa Inggeris dengan Sam lepas ni.
Bukan pusat tuisyen itu sahaja, dengarnya bawah BEC juga geng Bunkface turut berkerjasama dengan badan-badan tertentu untuk turun padang bagi kempen motivasi dan seminar pasal muzik. Hebatlah!
Sam Dan Yana Berganding Bahu Dalam Bidang Lakonan
WALAUPUN semakin diberi perhatian sebagai pelakon besar tanah air, Shaheizy Sam dan Yana Samsudin tidak menuntut agar semua kerja lakonan mereka disanjung setiap detik.
Entah di mana silapnya, pemegang trofi Pelakon Pembantu Terbaik pada Festival Filem ke-23 berkenaan kini seperti kurang menyengat, mungkin lebih tepat jika mereka dipanggil lemau sebelum ranum. Tahun ini Sam bergantung harap dengan filem Songlap setelah Adnan Sem-pit 2 dan Nongkrong, gagal membawa penonton mengenali karakter Sam secara lebih dalam.
Yana pula terkulai menerusi watak Wawa dalam Adnan Sempit. Kemunculan mereka dalam Aku Ada, Kau Ada? juga satu kesilapan besar.
Cantik luaran dan mewah gaya K-Pop namun mendengar judul Aku Ada, Kau Ada? sahaja, Yana dan Sam layak untuk menumpang malu atas 'kebijaksanaan' filem itu yang sekadar menumpang populariti mereka. Kesanggupan Sam atau Yana terlibat dengan filem-filem 'sampah' dan mengundang bosan di benak ramai ada diperkatakan, namun sebagai pelakon berjiwa besar, mereka tidak mudah patah hati.
Alasan mereka, kerja lakonan telah mereka langsaikan, soal impak atau sisi lain kejayaan sesebuah filem, tenaga kreatif seperti pengarahlah yang harus dinilai lebih berbanding pelakon.
"Sama ada saya atau Yana, kami hanya mempersembahkan yang terbaik mengikut apa yang telah dilakar pihak pembikin. Semasa penggambaran, kami tidak nampak gambaran sebenar atau keputusan sesebuah filem yang dilakukan," beritahu Sam.
Terbaharu, dua ayam tambatan MIG itu muncul lagi dengan buah tangan yang lebih agresif. Arahan Ahmad Idham dan menjalani pembikinan lebih dua tahun lalu, filem 8 Jam kini sudah berada di pawagam tanah air.
Diuar-uarkan sebagai filem aksi terbaik oleh Sam, sejauh mana 8 Jam mampu memberi kelainan berbanding gedik manja yang pernah mereka kongsikan dalam Aku Ada, Kau Ada? serta Bini-Biniku Gengster atau jiwa mat rempit yang disaksikan menerusi Adnan Sem-pit.
Osman Kering Sah Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering.
Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.
Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.
Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima rawatan.
Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.
Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah "Kantoi", "Senario The Movie Episod 1", "Tentang Bulan" dan "Man laksa".
Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.
"Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual," katanya.
Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.
"Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti," katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri.
Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.
Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.
Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima rawatan.
Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.
Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah "Kantoi", "Senario The Movie Episod 1", "Tentang Bulan" dan "Man laksa".
Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.
"Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual," katanya.
Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.
"Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti," katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri.
Raja Azmi Dan Jalani Sidek Bercerai Hanya Kerana Fitnah
KUALA LUMPUR: “Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh,” kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.
Anzalna Tidak Mahu Minta Maaf!
PERANG antara dua pelakon baru meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, atau Neelofa dan Nur Anzalna Md. Nasir, 24, atau Anzalna nampaknya sudah sampai kemuncak. Neelofa telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk memastikan Anzalna bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dianggap satu fitnah ke atas dirinya.
Anzalna juga tidak berdiam diri. Pelakon tersebut bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana memberitahu dia kini juga telah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman yang akan mengendalikan kes tersebut.
Bagaimanapun Anzalna dengan tegas memberitahu dia tidak akan menurut tuntutan yang dibuat oleh Neelofa kerana sehingga kini, masih belum menerima sebarang notis daripada pihak peguam pelakon kelahiran Kelantan itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna selanjutnya.
Boleh anda komen apabila Neelofa melantik peguam dan mahu menyaman anda berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar?
Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa apabila dia ambil perkara ini terlalu serius sehingga melantik peguam. Saya tidak akan memberi apa jua penjelasan kepadanya (Neelofa).
Kenapa anda terkejut dengan tindakan Neelofa sedangkan anda sendiri membuka aib dia?
Bukan tujuan saya mahu buat publisiti murahan. Kalau saya mahu buat, dah lama saya buat dan buka cerita. Tetapi saya tidak sangka cerita ini diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu.
Maksud anda penulis akhbar tersebut?
Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak. Tetapi, saya enggan komen panjang takut isu lain pula yang timbul.
Apakah tindakan anda selepas ini?
Bila dia (Neelofa) ambil benda ini serius, saya juga akan buat perkara yang sama. Saya juga sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman, peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu untuk mengendalikan kes ini.
Setakat ini adakah anda menerima sebarang surat atau tuntutan daripada Neelofa?
Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada dia. Jika dapat nanti, biarlah peguam saya yang uruskan semuanya. Sekarang, segala urusan kes ini telah mula diambil alih oleh peguam saya.
Adakah anda menyesal dengan kenyataan yang telah anda berikan?
Sikitpun saya tak menyesal kerana apa yang saya luahkan itu benar. Cuma, saya tak mahu memanjangkan cerita atau mengaibkan dia lagi. Cukup sekadar apa yang disiarkan itu.
Adakah anda akan membuat permohonan maaf dan menunjukkan bukti dalam tempoh tujuh hari seperti yang dikehendaki Neelofa?
Saya tak akan buat permohonan maaf atau memenuhi kehendak pihak Neelofa. Bukan kerana saya tak mahu buat, tapi masalahnya, selepas tempoh tiga hari, saya masih belum menerima sebarang notis daripada dia. Jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini secara profesional jika belum mendapat notis tersebut. Selebihnya, saya serahkan kepada peguam saya.
Lindsay Lohan Terima Tawaran Berlakon Filem Porno!
Lindsay Lohan akan berpasangan dengan aktor filem porno, Jamees Deen, dalam filem terbarunya, The Canyons.
Ketika ini, Lindsay masih terikat dengan penggambaran filem Liz & Dick yang memaparkan kisah hidup selebriti Elizabeth Taylor. Sumber berkata, tawaran filem The Canyons itu diterima Lindsay ketika dia masih lagi belum selesai menjalani penggambaran Liz & Dick.
Deen adalah bintang filem porno yang setakat ini membintangi lebih 2,000 filem.
The Canyons menceritakan mengenai isu kuasa, seks, cinta dan kejayaan hidup.
Neelofa Mahu Selesaikan Masalah Ini
Noor Neelofa Mohd Noor memberi tempoh tujuh hari kepada Anzalna Nasir bagi membuat penjelasan dan mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang ditujukan kepadanya melalui media, baru-baru ini.
Neelofa mendakwa, kenyataan Anzalna dalam artikel bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar 10 Jun lalu, tidak benar dan menjatuhkan maruahnya.
Pada sidang media, semalam, Neelofa, 23, yang ditemani peguam, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada Ahmad Hidayat Md Nor & Co berkata, dia terpaksa menggunakan peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.
“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.
“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.
“Saya ingin berikan kenyataan semua tuduhan yang dilemparkan Anzalna dalam artikel berikut tidak benar. Justeru itu, saya melantik peguam mengendalikan kes ini dan mengeluarkan notis tuntutan kepada Anzalna,” kata Neelofa
Subscribe to:
Posts (Atom)
















