Najis Manusia Dijadikan Sebagai Daging Steak


Steak adalah sepotong daging besar yang dimasak bersama pelbagai jenis bahan dan perisa sebelum dipanggang dan dihidangkan. Makanan ini sangat digemari terutamanya bagi peminat makanan Barat. 


Namun di tengah-tengah ancaman kekurangan bahan asas makanan, ramai pihak kini mencari bahan alternatif lain sebagai makanan. Terkini, pasa saintis di Jepun berjaya menjadikan najis manusia sebagai sumber bahan asas terbaru. Meskipun ramai orang menganggap ia menjijikkan, tetapi sumber asas terbaru ini sudah diuji dan sesuai untuk dimakan.



Bahkan, daging yang dibuat dari feses manusia itu sangat sesuai untuk dibuat steak. Setidaknya itu yang dilakukan oleh saintis, Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama, Jepun. 


Seperti dilaporkan laman digitaltrends, daging steak buatan Ikeda itu mengandungi protein yang sangat tinggi, iaitu 63%. Komposisi lainnya dari steak berbahan feses itu adalah : karbohidrat (25%), lemak (3%), dan mineral (9%).


Dari hasil ujian rasa pertama, beberapa orang yang terlibat dalam ujian itu mengatakan rasa steak tersebut seperti daging lembu.

Bantu Kami Hanya Perlu Tekan Link Ini!

0 comments:

Post a Comment