Kanak-Kanak Merana Lilin Dimasukkan Ke Dalam Dubur



Sukar dibayangkan betapa sakitnya seorang budak berusia dua tahun apabila sebatang lilin perlu dimasukkan ke dalam duburnya dua kali sehari.Namun itulah yang dilakukan ke atas Muhammad Anas Miqhael Salehuddin  oleh ibunya bertujuan untuk memastikan dubur anaknya itu yang dibuat melalui pembedahan pada 12 September lalu tidak tertutup.Anak kecil itu perlu melalui proses tersebut sehingga satu lagi pembedahan ke atas duburnya itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 25 Oktober depan.Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, walaupun dia tidak sanggup mendengar jeritan anaknya setiap kali lilin tersebut dimasukkan sedalam empat sentimeter, dia terpaksa juga melakukannya bagi memastikan dubur anaknya itu tidak tertutup.Katanya, proses memasukkan pelbagai saiz lilin yang dibekalkan oleh hospital ke dalam dubur anaknya perlu dilakukan setiap hari sehingga pembedahan akan datang dilakukan."Hati saya terhiris setiap kali mahu memasukkan lilin ke dalam lubang dubur Anas kerana dia akan menjerit kesakitan."Namun saya terpaksa lakukannya juga demi kebaikannya. Jika boleh biarlah saya yang merasai kesakitan itu kerana dia masih kecil," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Cermai di sini semalam.Bagaimanapun penggunaan losen pelembap memudahkan proses memasukkan lilin ke dalam duburnya anaknya itu.Kosmo! pada 10 September lalu melaporkan Muhammad Anas yang tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur, saluran makanan dan karung testis akan menjalani pembedahan ketiga tidak lama lagi.Anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis hanya enam jam selepas dilahirkan pada tahun 2010Ketika berusia lapan bulan iaitu pada April 2011, dia telah menjalani pembedahan kedua bagi menyambung saluran pemakanan dari kerongkong ke dalam perut.Langkah itu bertujuan membolehkan kanak-kanak malang itu mengambil makanan menerusi saluran normal iaitu mulut.Pada 25 Oktober depan, dia dijadual menjalani pembedahan keempat iaitu memasukkan usus ke dalam perut dan membuat karung testis.Kata Maizatul Shahida, selepas pembedahan sebelum ini, anaknya kembali aktif namun mengalami demam sejak beberapa hari lalu menyebabkan berat badannya turun dari sembilan kilogram (kg) kepada 8.7 kg selain hilang selera makan."Saya terpaksa memasukkan tiub getah ke dalam lubang hidungnya untuk memasukkan susu dan satu lagi tiub ke dalam mulut bagi mengeluarkan kahak."Minuman susu tidak mencukupi kerana saya juga perlu memaksanya makan untuk mengaktifkan saluran pemakanannya agar tidak sempit," katanya.

Bantu Kami Hanya Perlu Tekan Link Ini!

0 comments:

Post a Comment