Astro Guna Teknologi Baru!





SYARIKAT penyiaran Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara mengguna pakai teknologi perkhidmatan pelbagai skrin di atas rangkaian jalur lebar untuk TV yang dipatenkan melalui Irdeto.
Irdeto yang beroperasi di Belanda itu turut membekalkan perkhidmatan saluran premium untuk platform mudah alih yang dimanfaatkan oleh Astro untuk perkhidmatan On The Go mereka bermula awal pertandingan bola sepak Euro 2012, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Irdeto, Graham Kill berkata, kerjasama kedua-dua pihak membabitkan kemudahan siaran untuk pelbagai saluran pada satu skrin yang kini digunakan meluas di dunia.


“Astro menjadi satu rakan kongsi baik yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna di Malaysia,” katanya di persidangan dan pameran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terbesar di rantau ini, CommunicAsia yang berlangsung di Singapura.

Beliau memaklumkan, dalam persekitaran pelbagai skrin yang memerlukan permintaan tinggi dari pelanggan, Astro memerlukan penyelesaian holistik dan kukuh di samping pengurusan tersusun mengelakkan kecacatan pada sistem.


Sementara itu, Ketua Pegawai Inovasi Astro, Brian Lenz memaklumkan, sudah tiba masanya rakyat Malaysia menikmati kandungan yang lebih peribadi.



“Kami percaya perkhidmatan baru ini membantu kami mengukuhkan kedudukan di pasaran dan berhubung dengan generasi baru penonton TV di Malaysia,” katanya.

Irdeto sudah menjalin kerjasama dengan Astro sejak 2010 apabila mereka mula memperkenalkan inovasi TV Berprotokol Internet (IPTV) B.yond.


Bantu Kami Hanya Perlu Tekan Link Ini!

0 comments:

Post a Comment