Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara dilakukan oleh manusia. Walaupun perbuatannya itu merupakan perkara paling keji dan gila, namun ia tetap dilakukan hanya kerana nafsu yang bergelora.
Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan.Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel.Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.
“Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu.
“Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan. Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut.Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau.Sabit kesalahan, Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 fine.
Bantu Kami Hanya Perlu Tekan Link Ini!
0 comments:
Post a Comment