Geng Kerinchi Tumpas


Sekumpulan lima penjenayah warga Indonesia Geng Kerinchi yang dipercayai mengamalkan sihir termasuk memakai azimat dan mempunyai minyak pukau untuk menyamun, akhirnya tumpas ditahan polis lima jam selepas mereka merompak sebuah rumah di Kajang, minggu lalu.
Kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya lima kes samun sekitar Kajang membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, dua daripada suspek berasal dari Danau Kerinci, Jambi dan dua lagi dari Lombok dan seorang dari Batam, Indonesia.

“Antara modus operandi mereka ialah menggunakan sihir dan pukau sebelum memecah masuk rumah mangsa. Mereka juga menggunakan tong gas di dalam rumah untuk memecahkan pintu bilik sebelum menggugut mangsa dengan pedang panjang.

“Siasatan mendapati suspek yang berusia antara 22 dan 32 tahun mempunyai dokumen perjalanan sah serta baru dua minggu masuk ke negara ini sebelum ditangkap.

Bantu Kami Hanya Perlu Tekan Link Ini!

0 comments:

Post a Comment